Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Saturday, 18 July 2009

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera,


PPIM-Moscow ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada bapa Sarah Nabila Zulkifli (MMA, tahun 3 Sem hadapan) yang sedang dalam pemerhatian IJN kerana masalah jantung. Keadaannya agak kritikal dan memerlukan pembedahan SEGERA.

Kos pembedahan adalah sebanyak RM 60 000.

Keluarga beliau telah pun berbincang dengan pihak IJN untuk bantuan tetapi masih belum mendapat apa-apa maklum balas positif.

Jadi, sekarang mereka sekeluarga sedang berusaha untuk mendapatkan wang berjumlah RM 60 000 tersebut.

Bantuan yang kita akan hulurkan ini mungkin tidak sebanyak mana, tapi sekurang-kurangnya ada juga bahagian kita di sana. Insya Allah.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk menyalurkan sumbangan ini, boleh transfer terus masuk ke akaun bank (MAYBANK) SARAH NABILA ZULKIFLI 1122 1406 2134 (Email : s_candystriper@yahoo.com )

Segala sumbangan anda semua amatlah dihargai. Moga-moga Allah memberikan ganjaran yang tinggi untuk anda semua. Dan marilah kita mendoakan juga agar ayah beliau kembali sihat. Insyaallah.

Jazakumullah khayran kathira


BIRO KEBAJIKAN PPIM RSC Moscow

0 comments: