Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Friday 27 November 2009

0
drpd PPIM RSC Moscow :

~Selamat Menyambut
Hari Raya AidilAdha 1430 H~


"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."
(Al-Hajj:37)


Thursday 26 November 2009

0
Assalamualaikum wrt

Berikut diumumkan senarai 19 nama AJK PPIM RSC Moscow 2010-2012 yang telah dicalonkan oleh para ahli persatuan pada 2 minggu yang lepas:

  • Mohd Syazwan Maamin 4th yr
  • Ahmad Mahfudz Mukri 4th yr
  • Azif Azman 3rd yr
  • Mohd Fariq Rosli 2nd yr
  • Firdaus Mahdi 1st yr
  • Mohd Hasnol Hafiz 1st yr
  • Asyraf Mohd Noor 1st yr
  • Mohd Fakhrudin Mohd Fathi 4th yr
  • Ahmad Fikri Mustafa 5th yr
  • Zaidani Ekram Attamimi 5th yr
  • Farhana Fakhrudin 2nd yr
  • Nur Liyana Zulkifli 1st yr
  • Ajlaa Hawa Naiman 5th yr
  • Siti Hamizah 5th yr
  • Muna Zahirah 5th yr
  • Syazwani Adnan 5th yr
  • Hanis Jaafar 3rd yr
  • Atiqah Asbi 5th yr

Kesemua calon telah dilantik sebagai AJK PPIM RSC Moscow yang baru. Majlis perlantikan AJK baru ini akan diadakan secara rasminya pada Mesyuarat Agung PPIM RSC Msoscow pada awal Januari 2010.

Kesemua 18 orang ini akan bersyura untuk menyusun organisasi baru persatuan dalam masa yang terdekat.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah dilantik!

Semoga dapat memikul tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi dengan penuh dedikasi dan amanah.


Sekian, terima kasih.


Wednesday 25 November 2009

0

PPIM RSC Moscow yang mungkin akan menganjurkan symposium perubatan bertarikh 1-2hb jan 2010, bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow*** yang melibatkan semua ahli persatuan dan para pelajar Muslim dari Moscow, Nizhny dan Kursk (anggaran 300 orang), dengan ini kami menawarkan ‘tender’ kepada mana-mana pelajar muslim yang berminat.

Berikut adalah ANGGARAN perbelanjaan yang ditawarkan:

1/1/2010

  1. Makan tengahari (300x50rubs)
  2. Makan malam (300x70)

2/1/2010
  1. Sarapan (300x50)
  2. Makan tengahari (300x70)
  3. Makan malam (300x70)

+Makan waktu rehat/cicipan ringan (cth: sandwich/kuih) (300x2keping x 20)

Bagi yang berminat sila hubungi:
  • Nurulfida' Nusaiba (+79266366075) hostel kahov 419 / nurulfida_nusaiba@yahoo.com
  • Wan Nazihah (+79266366080) hostel kahov 419 / w_nazihah@yahoo.com

Sila sertakan menu dan harga.

Tarikh tutup adalah pada 6hb disember 2009

Sekian, terima kasih.


(***Tempat dan Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan)

Wednesday 18 November 2009

0
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Agung PPIM Russian Student's Chapter (Moscow) 2009 & Pemilihan MT PPIM RSC Moscow 2010-2012 yang bakan diadakan pada hari Ahad, 22 November 2009 ini telah dipinda kepada 1hb Januari 2010.

Pihak persatuan juga telah sebulat suara untuk tidak mengadakan Pengundian/Pemilihan MT PPIM RSC Moscow 2010-2012 kerana calon-calon yang ada sudah cukup dengan kuota MT yang diperlukan.

Senarai nama ahli-ahli jawatankuasa PPIM RSC Moscow 2010-2012 akan dikeluarkan di blog ini selepas 22 November 2009.

Sekian, terima kasih.


Adalah dimaklumkan bahawa PPIM RSC (Moscow) akan mengadakan mesyuarat agung serta pilihanraya Majlis Tertinggi untuk sessi 2010-2012.

Masa : 11am - 2.30pm
Tarikh : Ahad, 22 Nov 2009
Tempat : Dewan Besar Kedutaan Besar Malaysia

Dengan ini, pencalonan telah dibuka sekarang. Borang pencalonan boleh diambil dari wakil-wakil PPIM :


Sportivnaya
Asyraf (608)
Nabilah (501) & Amnah (508)

Kahovskaya
Akmal Shafie (317)
Wan Nazihah (419)


Dom 39
Afiq Rushdi (15-14)
Aini Luey (7-10)

Syarat Calon :
1) Muslim
2) Pelajar tahun 5 dan ke bawah
3) Rakyat Malaysia

*Pencalon mestilah mendapatkan tandatangan serta persetujuan calon dan hanya boleh mencalonkan pelajar dari universiti sendiri sahaja.



Tarikh Akhir Pencalonan : 15 November 2009

Monday 2 November 2009

0
Assalamualaikum W.B.T..

Program Hadiah Buat Saudara kini kembali..

klik pada poster untuk maklumat lanjut..

Program ini bertujuan untuk mengumpul pakaian serta barangan terpakai untuk disumbangkan kepada masyarakat Muslim yang berada di dalam dan luar Moscow.

Dibawah ini adalah dua buah video khas untuk menunjukkan bagaimana sepatutnya saudara dan saudari memberi harta masing-masing. Harap dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada klip video dibawah ini.



VC Program Hadiah Untuk Saudara





Cerita Tentang Menderma