Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Sunday 12 April 2009



Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Lokasi : Kedutaan Besar Malaysia ke Rusia
Penceramah jemputan : Ustaz Muhammad bin Abdullah al-Amin
Tajuk : Fiqh Islam Dalam Perubatan Moden & Tanggungjawab Sebagai Doktor Muslim

Walaupun majlis ini diaturkan dalam masa yang tersangatlah sempit, namun kehadiran lebih kurang 160 bakal doktor di kedutaan membuktikan bahawa majlis seperti ini sememangnya disambut baik oleh semua. 2.0 Majlis dimulakan tepat jam 3 petang dan dipengerusikan oleh saudara Mohamad Syazwan Ma’amin.

Setelah majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan sedikit pengenalan tentang penceramah jemputan, pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada Ustaz Amin.

Ustaz Amin menyampaikan ceramah beliau bertajuk ‘Fiqh Islam Dalam Perubatan Moden’. Setiap peserta dibekalkan dengan nota ringkas berkenaan tajuk yang diberi sebagai rujukan.
Selain itu, sesi soal jawab bersama ustaz diadakan.

Majlis dihentikan pada pukul 430pm untuk solat Asar. Selepas itu, seminar disambung dengan ‘Tanggungjawab Sebagai Doktor Muslim.’

Majlis diakhiri dengan ketibaan tetamu undangan, En. Abd Razak Abd Wahab(Timbalan Duta dan Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia ke Rusia) yang menyampaikan ucapan penutup seterusnya merasmikan upacara penutup seminar Fiqh Perubatan.


0 comments: