Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

..
Adakah anda seorang yang kreatif? Minat berkarya? Menyanyi?

Marilah berkarya sambil mengeratkan ukhuwwah antara pelajar muslimat di Moscow dengan menyertai pertandingan menulis sajak dan pertandingan nasyid yang akan diadakan sempena Women’s Day ini..

Syarat-syarat pertandingan bagi sajak:
  1. Terbuka kepada semua pelajar muslimat di Moscow
  2. Karya mestilah asli dan kreatif
  3. Bertemakan muslimah jatidiri
Sajak anda akan diadili oleh orang yang berpengetahuan luas dalam bidang sastera dan penulisan. Peserta yang bertuah akan berpeluang untuk mendeklamasikan sajaknya pada 8 Mac ini di ‘Muslimah Hari Ini’. Sajak-sajak yang terpilih juga akan dimuatkan di blog NAWAITU. Cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta.

Kepada yang berminat, hantarkan sajak anda ke emel : amnahyousop@yahoo.com sebelum 6 MAC 2009.

Syarat2 pertandingan bagi nasyid:
  1. Terbuka kepada semua pelajar muslimat di Moscow
  2. Bilangan ahli dalam setiap kumpulan nasyid tidak melebihi 10 orang.
  3. Penyertaan terhad.
  4. Pakaian mestilah sopan dan menunjukkan cirri-ciri muslimah
  5. Lagu yang dipilih hendaklah bercirikan keTuhanan dan mempunyai mesej yang ingin
  6. disampaikan.
  7. Lagu yang ingin dipertandingkan tidak melebihi 2 buah lagu bagi setiap kumpulan.
Kepada yang berminat, hantarkan butir-butir berikut kepada ym- syahna_246@yahoo.com:
  • Nama kumpulan nasyid
  • Nama-nama ahli kumpulan
  • Tajuk lagu
Marilah kita berkarya sambil memberi peringatan!


0 comments: