Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Saturday 14 February 2009

Mulai sesi 2008/2010 PPIM-RSC (Moscow) telah menetapkan untuk mengenakan yuran keahlian kepada ahli-ahlinya yang berdaftar sebanyak 100 ruble. Selain itu, pihak kami juga memperkenalkan tabung khairat kematian kepada semua pelajar muslim Moscow. Kepada yang berminat, anda perlu membayar tambahan 50 ruble ke dalam tabung ini. Sekiranya terdapat kematian pada ibu bapa atau adik-beradik dalam keluarga anda, sejumlah wang daripada tabung ini akan dikeluarkan sebagai sumbangan.


Sehubungan dengan itu, pihak kami juga telah melakukan pendaftaran semula kepada ahli-ahlinya. Senarai nama yang sudah mendaftar beserta bayaran disertakan di sini. Dengan itu, kepada sesiapa yang belum mendaftar, anda dikehendaki berbuat demikian pada borang online yang disertakan di sini. Yuran pendaftaran dan khairat kematian berjumlah 150 ruble akan dikutip oleh AJK kami di lokaliti masing-masing.


Sekiranya anda tidak berminat dengan keahlian ataupun tabung khairat kematian, diharapkan kerjasama untuk mengisi juga borang tersebut dalam rangka usaha kami untu mengumpul database semua pelajar muslim di Moscow. Namun, kami amat menggalakkan anda semua berdaftar sebagai ahli.


Senarai pelajar yang sudah berdaftar sebagai ahli PPIM (klik pada link):

Jika anda masih belum mendaftar atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh mengisi borang keahlian secara online (klik link di bawah) atau download borang ini (dalam bentuk Word), isikan butir-butir peribadi anda dan emelkannya kepada amnahyousop@yahoo.com

Klik di sini untuk mengisi borang secara online!!

0 comments: