Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Friday 12 September 2008



Seperti tahun yang sudah, cuti musim panas adalah masa dimana projek-projek besar dijalankan. Pada tahun 2006, program Summer Camp telah berlangsung. Kemudian pada tahun 2007, atas cabaran yang diberikan oleh prof Latif, program SUNATHON telah berjaya diadakan dengan jayanya.Program pada 2008 tidak kurang juga hebatnya. Dari hutan, ke bandaraya Kuala Lumpur, kemudian ke pantai timur, cuti 2008 telah memberikan sesuatu yang bermakna.


1. Program Homestay Dan Kemasyarakatan
Tarikh: 25-28 Julai 2008
Tempat: Pos Raya ,Simpang Pulai, Perak
Anjuran PPIM Russia, seramai 50 + pelajar mengambil bahagian. Tema “ERTI HIDUP PADA MEMBERI DAN MENGASIHI” memang membawa mesej yang sangat mendalam dalam program ini. Rata-rata peserta mengakui timbulnya perasaan insaf dalam diri masing-masing. Alhamdulillah, mesej Islam telah berjaya disampaikan kepada orang asli disana. 




2. Program Pra Persediaan Pelajar Ke Russia (Pre-Departure Briefing)
Tarikh: 13 Ogos 2008
Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Program yang pertama kali dianjurkan oleh Kelab UMNO Russia dengan kerjasama PPIM Russia ini telah disertai oleh seramai lebih 80 orang pelajar lepasan SPM tajaan MARA dan Kementerian Pertahanan yang akan melanjutkan  pelajaran dalam bidang perubatan ke Russia. Pelajar telah diberikan pendedahan awal tentang apa yang bakal mereka lalui dalam 6 tahun yang akan datang.



3. Sure-Khatan 2008
Tarikh: 15 Ogos - 18 Ogos 2008.
Tempat: Bachok(Kelantan), Setiu(Terengganu), Pulau Perhentian(Terengganu)
Program ini telah dianjurkan Kelab Umno Ukraine, Gabungan Mahasiswa Terengganu Eropah Timur(GAMTET) dan PPIM Student Chapter Ukraine. Seramai 300+ pelajar perubatan telah mengambil bahagian dalam program ini.

Maaf, tiada gambar buat masa ini. Insya Allah akan diupdate jika gambar-gambar berjaya diperoleh.

0 comments: