Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Sunday 27 April 2008

Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah diasaskan pada tahun 1990 dan berfungsi sebagai badan profesional yang mengumpulkan doktor-doktor muslim dari sektor kerajaan dan swasta. Jumlah keahlian PPIM kini telah meningkat kepada ribuan ahli, dari pegawai tempatan ke pakar perunding, profesor dan dekan-dekan fakulti perubatan. Juga ahli bersekutu dari profesion pergigian, persekutuan kesihatan, staf paramedik , jururawat, dan pelajar perubatan.

PPIM mengadakan kerja-kerja berasakan Islam di luar skop kerajaan dan sektor perubatan swasta. Banyak cawangan telah ditubuhkan di universiti-universiti tempatan dan juga universiti-universiti luar negara dengan tujuan menyatukan pengamal perubatan professional dan pelajar-pelajar di bawah satu persatuan. Berikutan peningkatan jumlah pelajar perubatan di Russia, PPIM-Moscow Student Chapter (PPIM-MSC) di Russia telah bersatu di bawah satu bumbung dan satu lagi cawangan baru telah dilancarkan dan dikenali sebagai PPIM-Russia Student Chapter (PPIM-RSC).

PPIM-MSC telah mengadakan mesyuarat agung tahunan buat pertama kalinya pada tahun Mac 2006. Sepanjang penggal 2006-2008 pelbagai aktiviti telah diadakan di Malaysia dan juga di Moscow sendiri.

Dengan penubuhan organisasi baru untuk sesi 2008-2010, PPIM-MSC telah pun mengambil keputusan untuk menggabungkan kedua-dua jawatankuasa daripada Moscow Medical Academy dan Russian State Medical University di bawah satu bumbung yang sama untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti PPIM-MSC serta merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar perubatan di Moscow.

0 comments: