Kepada rakan-rakan muslimin dan muslimat yang dikasihi, anda semua dijemput mengimarahkan program solat hajat seperti yang tertera di poster. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim di samping bertujuan memohon keselamatan, perlindungan, kesejahteraan, serta kejayaan di dunia dan akhirat. Insya Allah Biiznillah~
PPIM RSC Moscow mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada semua atlet MMA dan RSMU yang akan bertolak ke Kursk Games 2010 pada 16-18 April 2010 ini. Semoga perjuangan anda membuahkan kecemerlangan.
2 letupan telah menggegarkan metro moscow pagi semalam menyebabkan puluhan orang mati dan cedera. Letupan pertama berlaku di Metro Lubyanka sekitar 8 pagi dan disusuli letupan kedua setengah jam kemudian di Metro Park Kultury.
Terbaru, berita melaporkan dua wanita yang berpakaian seperti wanita islam telah dipukul oleh beberapa orang awam.
Dinasihatkan agar muslimin muslimat yang berada di Moscow terutamanya mengambil langkah-langkah keselamatan setiap masa. Walaubagaimanapun, janganlah kerana perasaan takut itu menghalang dari melakukan amal ibadah.
Ingatlah "InnAllah Ma'ana" . banyakan Zikrullah dan amalkan Al-Mathurat sebagai pelindung diri.
Surat Al Falaq memerintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari segala kejahatan.
tadabbur ayat-ayatnya:
1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh 2. dari kejahatan makhluk-Nya 3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita 4. dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul 5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki."