Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Friday, 2 January 2009

0

Assalamualaikum w.b.t.

Salurkan sumbangan :


(klik imej untuk besarkan)

Anda boleh menderma menerusi wakil-wakil lokaliti masing-masing. Jom!

Kempen "1 Euro Seminggu" ke dalam Tabung Derma Palestin !
*(1 Euro @ 40 Rubles)

Ayuh! Salurkan sumbangan 1€ anda melalui wakil-wakil terdekat:
  • Sportivnaya
-Bro : Asyraf Azizan
-Sis : Amnah Yousop
  • Kahovskaya
-Bro : Akmal Shafiei
-Sis : Aisyah Kaulah
  • Kuzmin
-Bro : Suzuan
-Sis : Nurul Fida Nusaiba
  • Pushkin
-Bro : Nadzmi Teh
-Sis : Eliza Aida
  • YugoZapadnaya
-Bro : Luqman Azhar
-Sis : Farahin
  • RSMU Dom 39
-Bro : Syazwan
-Sis : Winda
  • RSMU Dom 35
-Ahmad Mahfudz


Dan layari....

Aman Palestin
Pace Malaysia
Palestinkini
Yahudi Pro Palestin
Tabung Bersamamu Palestin
Remembrance of Al-Quds

Sumbangan ikhlas anda ini akan disalurkan melalui AMAN PALESTIN BERHAD.

Jazakumullahukhairan katheera...

Wednesday, 3 December 2008

0
PERHATIAN!!

Klik pada gambar untuk terus ke laman web NowWhyTwo

NowWhyTwo. Kini berwajah baru lagi padat dengan info.

Saturday, 22 November 2008

0
Tarikh: 3hb November 2008
Tempat: Dewan Besar Kedutaan Malaysia-Russia, Moscow
Tema: The Miracle of Human Creation

Dianggarkan seramai 150 pelajar hadir untuk program Autumn Gathering ini, program bermula pada jam 9:00 pagi dengan perasmian oleh YB Dato' Mohd Khalis, dan diikuti dengan tayangan video sebagai pembuka majlis.

Antara topik-topik yang dibincangkan dalam Autumn Gathering:
  • Hakikat manusia dalam al-Quran. Apa itu hati, akal dan jasad mengikut tafsiran al-Quran. Unsur-unsur utama manusia.
  • Islam sebagai cara hidup. Tujuan sebenar Allah S.W.T. menjadikan Islam sebagai cara hidup.
  • Al-Quran panduan manusia sepanjang zaman. Kepentingan wahyu dan fungsi-fungsi al-Quran. Keperluan as-Sunnah sebagai sumber penjejas al-Quran.
  • Bagaimana beramal dengan al-Quran.
Selain diberikan penjelasan tentang topik-topik di atas, para peserta turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berbincang sesama sendiri dalam LDK dengan tujuan dapat mengajak mereka berfikir dan berinteraksi dengan aktif.

Program berakhir pada jam 6:00 petang dengan perasmian penutup.

Gambar-gambar daripada program Autumn Gathering (klik untuk besarkan):

Para muslimat yang hadir



Para muslimin yang hadir



Sesi perbincangan dalam kumpulan



Solat Zuhur berjemaah..



Sesi makan tengahari..



Khusyuk mendengar penjelasan daripada 'penceramah'



Bersama YB Dato'..



Para muslimat yang hadir pada AG '08



Sesi pendaftaran
..

..

0800-0900 : Ketibaan peserta dan pendaftaran peserta.


0900-1000 :

Ketibaan VIP

Video persembahan

Ucapan dan perasmian.


1000-1030 : Rehat


1030-1330 : Sessi I


1330-1430 : Zuhur-Makan Tengah Hari-Asar


1430-1530 : Sessi II


1530-1545 : Rehat


1545-1700 : Sessi III


1700-1730 : Rehat dan Solat Maghrib


1730-1800 : Majlis Penutupan


Sekadar peringatan:

  • Para peserta digalakkan untuk bertolak awal dari hostel untuk menepati masa dan agar program dapat berjalan dengan lancar
  • Jangan lupa bawa tafsir!
  • Bagi yang perempuan, jangan lupa bawa pelengkapan untuk solat
  • Alat tulis dan buku nota/kertas yang secukupnya - untuk LDK

Saturday, 25 October 2008

2
Assalamualaikum

JUMPA ANDA DISANA!

UPDATE:
LOKASI TELAH PUN DITUKAR KEPADA KEDUTAAN MALAYSIA-RUSSIA, MOSCOW. HARAP MAKLUM.


Assalamualaikum

Monday, 13 October 2008

0
Pada 12hb Oktober 2008 yang lepas, IMAM RSC (Moscow) dengan kerjasama Kelab UMNO Moscow telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2008, bertempat di Kedutaan Besar Malaysia Moscow, bermula dari jam 11.30am hingga 3.00pm.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan (antara juadah-juadah yang disediakan: soto ayam, sate dan kuih kacang, spageti, dan kuih-muih raya).

Upacara diteruskan dengan kata-kata aluan daripada Dato' Mohamad Khalis, Duta Malaysia di Moscow, Russia dan ucapan pendek dari Pengerusi IMAM RSC (Moscow) - Mohd. Afiq Mohd. Nor, diikuti Pengerusi Kelab UMNO Moscow - Mohd. Hazreen Abdul Rashid.

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan bersurai pada jam 4.00 petang. Kehadiran pelajar-pelajar yang datang ke Majlis Rumah Terbuka pada tahun ini dianggarkan seramai 100+ orang.