Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Saturday, 25 October 2008

2
Assalamualaikum

JUMPA ANDA DISANA!

UPDATE:
LOKASI TELAH PUN DITUKAR KEPADA KEDUTAAN MALAYSIA-RUSSIA, MOSCOW. HARAP MAKLUM.


Assalamualaikum

Monday, 13 October 2008

0
Pada 12hb Oktober 2008 yang lepas, IMAM RSC (Moscow) dengan kerjasama Kelab UMNO Moscow telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2008, bertempat di Kedutaan Besar Malaysia Moscow, bermula dari jam 11.30am hingga 3.00pm.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan (antara juadah-juadah yang disediakan: soto ayam, sate dan kuih kacang, spageti, dan kuih-muih raya).

Upacara diteruskan dengan kata-kata aluan daripada Dato' Mohamad Khalis, Duta Malaysia di Moscow, Russia dan ucapan pendek dari Pengerusi IMAM RSC (Moscow) - Mohd. Afiq Mohd. Nor, diikuti Pengerusi Kelab UMNO Moscow - Mohd. Hazreen Abdul Rashid.

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan bersurai pada jam 4.00 petang. Kehadiran pelajar-pelajar yang datang ke Majlis Rumah Terbuka pada tahun ini dianggarkan seramai 100+ orang.

Thursday, 9 October 2008

0
Dengan segala hormatnya, kami menjemput
seluruh pelajar Muslim Malaysia ke




anjuran oleh
Kelab UMNO Moscow dan IMAM RSC (Moscow)



Ahad, 12 Oktober 2008
11.30am — 3.00pm

Kedutaan Besar Malaysia, Moscow



Semoga kehadiran saudara dan saudari akan memeriahkan lagi majlis ini nanti. Terima Kasih.




Sajian Hidangan Yang Istimewa...
&
Hadiah Ekslusif menanti pemenang yang bertuah!!!

Monday, 29 September 2008

0

Assalamualaikum




1 SYAWAL 1429 H
30 SEPTEMBER 2008


Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”
[Surah al-Baqarah:185]


PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA
RUSSIAN STUDENT'S CHAPTER
(MOSCOW)

MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

"Taqaballahu minna wa minkum"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)

KEPADA

SELURUH WARGA MUSLIM MALAYSIA DI MOSCOW.



Thursday, 25 September 2008

0
Assalamualaikum


Semua pelajar Malaysia yang beragama Islam dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa, suai kenal & solat terawih. 

Butir-butir majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 September 2008 (Sabtu)
Masa : 6.00PM—10.00 PM
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.
Anjuran : IMAM RSC Moscow

Jumpa anda disana!

wassalam...

Saturday, 20 September 2008

1
Assalamualaikum

Click on the poster to enlarge

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, sukacitanya dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan Program Hadiah Buat Saudara. Program ini bertujuan untuk mengumpul pakaian serta barangan terpakai untuk disumbangkan kepada masyarakat Muslim yang berada di dalam dan luar Moscow.                      

Tarikh kutipan: 23-24 September 2008

Sila rujuk kepada poster diatas untuk maklumat lanjut.

Dibawah ini adalah dua buah video khas untuk menunjukkan bagaimana sepatutnya saudara dan saudari memberi harta masing-masing. Harap dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada klip video dibawah ini.

VC Program Hadiah Buat Saudara



Cerita Tentang Menderma

Wassalam.