1. Sportivnaya – Sdri Atiqah Asbi (+7926 375 0956) (ym: atiqah_asbi)
2. Kahovskaya – Sdri Nurul Husna Afandi (+7926 690 2504) (ym: husna_goodgirl)
3. Pushkin – Sdri Sitti Aysha Mohd Ramakrishnan (+7926 806 1146) (ym: ayshamohd)
4. Kuzmin – Sdri Aimi Iylia (+7926 871 3063)
5. Yugo – Nur Farahin Abdul Arif (+7926 806 0630) (ym: sweetseptember_capricorn)
6. Apartment – Nur Hanis Jaafar (+7926 690 2297) (ym: nieys_chelsky)
7. RSMU – Ajlaa Hawa Naiman (+7929 647 4675) (ym: shishi_sunmi)
8. MAI – Atikah (+7926 177 4631)
Tarikh tutup penyertaan untuk kesemua aktiviti yang dianjurkan adalah pada 12 Mac 2010 (Jumaat). Jadi, daftar sebelum terlambat!

1. Penyertaan terhad kepada 10 kumpulan sahaja.
2. Setiap kumpulan mestilah daripada 5 orang peserta.
3. Yuran penyertaan sebanyak 100 roubles bagi setiap kumpulan (20 roubles seorang) hendaklah dibayar sewaktu pendaftaran sebelum acara bermula.
4. Peserta hendaklah membawa pen dan metro pass bersama. (bus pass sekiranya perlu)
5. Pertandingan adalah berkonsepkan ‘treasure hunt ‘ di mana peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan sebelum menerima petunjuk untuk ke check-point seterusnya.
6. Peserta juga hendaklah bersedia untuk menjawab beberapa soalan yang bakal diajukan meliputi pengetahuan am, tokoh wanita ( rujuk http://nowwhytwo.wordpress.com/) dan isu perubatan (peserta MAI boleh memilih soalan).
7. Pemenang akan ditentukan berdasarkan:
• Masa tiba di check-point terakhir
• Menyelesaikan semua tugasan di setiap check-point
• Ketepatan jawapan untuk soalan yang diajukan

1. Penyertaan terhad kepada 7 kumpulan nasyid sahaja.
2. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 10 orang ahli.
3. Yuran penyertaan sebanyak 100 roubles bagi setiap kumpulan (10 roubles seorang) hendaklah dibayar sewaktu pendaftaran sebelum acara bermula.
4. Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan dua buah lagu dan mestilah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 7 minit sahaja.
5. Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bersesuaian bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, kehidupan sejahtera, membenteras masalah-masalah social atau bertemakan Hari Wanita.
6. Salinan lirik lagu hendaklah diserahkan kepada urusetia sewaktu pendaftaran untuk tujuan penghakiman.
7. Penggunaan minus one sebagai muzik latar adalah tidak dibenarkan, namun peserta boleh menggunakan sebarang alat muzik.
8. Penghakiman bagi menentukan pemenang adalah berdasarkan aspek-aspek berikut :
• Mutu dan keharmonian suara
• Gaya persembahan dan kreativiti
• Kelancaran persembahan
• Penampilan

1. Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 5 kumpulan sahaja.
2. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 2 orang peserta.
3. Pihak penganjur akan menyediakan kek untuk didekorasi oleh para peserta.
4. Sebarang alatan dan bahan untuk hiasan kek hendaklah disediakan sendiri oleh para peserta mengikut kreativiti masing-masing.
5. Proses dekorasi kek mestilah tidak melebihi masa yang telah ditentukan.
6. Penentuan pemenang akan mengambil kira kreativiti hiasan, kekemasan dan kebersihan.
1. Pertandingan terdiri daripada 3 kategori:
· Formal event (Dinner)
· Professional (Meeting, Office)
· Muslimah doctor
2. Penyertaan terhad kepada 3 kumpulan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
3. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada seorang model dan seorang pengulas.
4. Yuran penyertaan sebanyak 50 roubles bagi setiap kumpulan (25 roubles seorang) hendaklah dibayar sewaktu pendaftaran sebelum acara bermula
5. Busana yang dipakai mestilah boleh dibawa untuk solat dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. (Peserta hendaklah membaca pdf yang diberikan mengandungi panduan pemakaian untuk muslimah).
6. Model akan memperagakan busana yang dipakai (1 minit) manakala pengulas akan menerangkan serba sedikit mengenai busana yang diperagakan (3 minit).
7. Peserta juga akan menerima satu soalan tambahan daripada pihak juri (1 minit)
8. Penghakiman bagi menentukan pemenang adalah berdasarkan aspek-aspek berikut :
· Busana menepati kategori dan panduan
· Gaya dan peragaan
· Kepetahan (idea & kefasihan)
· Kelancaran (masa)

Assalamualaikum warahmatullah
PPIM MSC akan menganjurkan sambutan Hari Wanita pada 14 Mac 2010 hari Ahad bertempat di Kedutaan Malaysia, Moscow. Semua para muslimat seluruh Moscow dijemput hadir untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan sambil merapatkan ukhuwah dan hubungan sesama kita.












