Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Saturday, 6 March 2010

0
Assalamualaikum warahmatullah...

Untuk makluman muslimat,
Women's Day telah ditunda pada minggu hadapan
atas masalah teknikal. Sebarang maklumat akan dimaklumkan secepat mungkin.Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Semoga antunna sentiasa berada dalam lingkungan peliharaan Illahi.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah yang memberikan kita nikmat kehidupan, persahbatan, ketenangan, kekeluargaan dan erti suatu kesusahan.

Di sini, PPIM_MSC ingin menganjurkan sebuah buku untuk rujukan kita semua dalam berhadapan dengan suasana di Rusia khususnya dalam bahagian fekah.

Fekah ini ibarat dinding rumah kita yang menghalang dari binatang buas datang dekat , sejuk dingin luar masuk ke dalam, menghindar hujan lebat membasahi badan, dan menjadikan kita tenang di dalam rumah.

Maka, fekah dan kehidupan sebagai muslim menjadi keperluan dalam kita mengenali dan mencari erti kehidupan berTuhankan Allah, ia memacu kita ke dalam hidup yang penuh berdisiplin lagi tersusun.

Justeru, kami ingin mewar-warkan keluaran buku kehidupan Fiqh di Rusia , segala yang tersusun di dalam buku ini masih berada di dalam ruang lingkup ijtihad, maka kami serahkan akal kalian untuk memilih jalannya.

Sekadar membuka ruang akal menerima agama sebagai the way of life.

Tuesday, 2 March 2010

0
O God! Shower thy blessings on Muhammad
and the descendents of Muhammad


"And peace on him on the day he was born,
and on the day he dies, and on the day he is raised to life"
(19:15)


Hadith Nabi yang bermaksud:
"Aku dan Para Anbiya' sebelumku 'ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi".

Rasulullah (s.a.w) adalah penghulu para Rasul dan telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada subuh hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah. Bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya.

Ibn Sa'd meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan:

" Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam"

Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu. Abdul Mutalib segera mengambil dan membawa Baginda ke dalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah lalu beliau telah memilih nama "Muhammad" kepada cucunya.

Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarawan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


Sunday, 14 February 2010

0



Pendahuluan

Kehidupan di universiti pastinya menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ranjau serta duri yang ditempuhi pastinya membantu mendidik jiwa yang matang serta membentuk peribadi menjadi pemuda juga pemudi yang akan menjadi harapan bangsa satu masa nanti.

Lantaran itu, Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) UK-Student Chapter menganjurkan pertandingan penulisan kreatif bertemakan kehidupan seorang pelajar di universiti. Antara tujuan utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk membolehkan para pelajar berkongsi pengalaman pahit manis kehidupan di universiti yang pastinya berguna sebagai pengajaran hidup, dan ada kalanya lucu serta menghiburkan.

Bentuk Pertandingan

1. Kategori

* Prosa (Cerpen, Jurnal, Biografi, etc)
* Puisi (Sajak, Pantun, Syair, Seloka, etc)

2. Tema

* Bebas (berkaitan dengan kehidupan sebagai pelajar)

3. Syarat pertandingan

* Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli IMAM sahaja.
* Pemilihan bahasa adalah bebas (Bahasa Melayu atau Inggeris), tetapi pencampuran bahasa tidak digalakkan sama sekali.
* Bagi penyertaan dalam kategori cerpen, karya hendaklah tidak melebihi 1500 patah perkataan.
* Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan maklumat berkenaan

- Nama penuh

– Email

– No telefon

– Tahun belajar

– Universiti

* Penyertaan hendaklah dihantar ke afif_satari@yahoo.co.uk.
* Setiap karya hendaklah dihantar sebelum atau pada 25 haribulan setiap bulan untuk diadili. Jika penyertaan dihantar selepas tarikh berkenaan, karya akan dinilai bersama-sama penyertaan lain bagi bulan yang berikutnya.
* Juri adalah terdiri daripada AJK tertinggi IMAM UK Student Chapter dan keputusan juri adalah muktamad.
* Pemenang bulanan akan diumumkan pada 1 haribulan setiap bulan melalui IMAM yahoo group, dan akan turut dimaklumkan melalui email dan SMS.
* Semua pemenang bulanan layak untuk ke peringkat akhir, di mana seorang pemenang utama akan dipilih. Pemenang utama akan diumumkan pada symposium IMAM 2010 di Ireland.

4. Hadiah

* Pemenang bulanan :

- Baucer buku bernilai 15 pound

- Kemasukan percuma ke simposium IMAM 2010 di Ireland.

- Sijil penyertaan

* Pemenang utama :

- Baucer bernilai 50 pound

- Kemasukan percuma ke salah satu aktiviti IMAM di Malaysia pada musim panas

(tidak termasuk FIMA Summer camp)

- Sijil penyertaan
SELAMAT BERKARYA!!

Boleh rujuk di : http://imamuk.wordpress.com/2009/11/23/pertandingan-penulisan-kreatif/

Saturday, 13 February 2010

0


Bersama Ustazah Siti Nor Bahyah dalam mengupas isu sambutan Valentine's Day yang diHARAMkan bagi umat Islam. Jika anda seorang Islam, maka berilah peringatan kepada keluarga, saudara atau rakan se-Islam agar tidak menyambut Valentine's Day kerana ia bukan amalan umat Islam.

Sunday, 20 December 2009

3
Assalamualaikum wrt

Alhamdulilah..setelah besyura bersama 18 orang ahli yang telah dicalonkan,penyusunan organisasi telah berjaya dilakukan. Berikut adalah senarai AJK bagi PPIM RSC MOSCOW 2010-2012:
  • Pengerusi : Mohd Syazwan Maamin 4th yr
  • Naib Pengerusi : Ahmad Fikri Mustafa 5th yr
  • Setiausaha : Atiqah Asbi 5th yr
  • Bendahari : Syazwani Adnan 5th yr
  • Akademik dan Paramedik :
1. Zaidani Ekram Attamimi 5th yr
2. Hanis Jaafar 3rd yr
3. Asyraf Mohd Noor 1st yr
  • Kebajikan :
1. Mohd Fakhrudin Mohd Fathi 4th yr
2. Muna Zahirah 5th yr
3. Ajlaa Hawa Naiman 5th yr
  • Dakwah dan Tarbiyah :
1. Farhana Fakhrudin 2nd yr
2. Mohd Hasnol Hafiz 1st yr
3. Siti Hamizah 5th yr
  • Penerbitan dan Media :
1. Mohd Fariq Rosli 2nd yr
2. Nur Liyana Zulkifli 1st yr
  • Ekonomi :
1. Azif Azman 3rd yr
2. Ahmad Mahfudz Mukri 4th yr
3. Firdaus Mahdi 1st yr

Post mortem mengenai pentadbiran yang lalu dan beberapa perkara telah
dibincangkan setelah penyusunan organisasi.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli AJK PPIM RSC MOSCOW sesi 2010-2012.

Semoga Allah memberi kekuatan fizikal dan mental dalam menggalas amanah
ini dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab serta komitmen yang baik.

Sekian, terima kasih

Friday, 27 November 2009

0
drpd PPIM RSC Moscow :

~Selamat Menyambut
Hari Raya AidilAdha 1430 H~


"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."
(Al-Hajj:37)