Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com



PPIM RSC Moscow mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada seluruh atlet MMA dan RSMU yang akan bertolak ke Volgames 2009 pada 24-26 April 2009 ini.

Nasihat dan galakkan daripada kami :

• Supaya atlit-atlit sentiasa dapat mengamalkan 'Fair Play' serta menunjukkan contoh teladan yang baik kepada atlit-atlit yang lain di sana.
• 'Play Hard' with the sportsmanship spirit.
• Sentiasa dapat mengenakan pakaian sukan yang selari dengan ajaran Islam yang mulia.
• Menjaga pergaulan sesama lelaki dan perempuan.
• Tidak mengabaikan tanggungjawab untuk solat pada waktunya sekiranya tiada halangan yang dibenarkan.
• Sentiasa ingat kepada Allah tidak kira semasa / sedang dalam kekalahan atau kemenangan.

Sejak empat kejohanan lepas, Moscow tidak pernah bergelar sebagai juara. Diharapkan sesuatu yang istimewa akan terjadi di bumi Stalingrad nanti!

Semoga berjaya!

Sunday 12 April 2009

0


Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Lokasi : Kedutaan Besar Malaysia ke Rusia
Penceramah jemputan : Ustaz Muhammad bin Abdullah al-Amin
Tajuk : Fiqh Islam Dalam Perubatan Moden & Tanggungjawab Sebagai Doktor Muslim

Walaupun majlis ini diaturkan dalam masa yang tersangatlah sempit, namun kehadiran lebih kurang 160 bakal doktor di kedutaan membuktikan bahawa majlis seperti ini sememangnya disambut baik oleh semua. 2.0 Majlis dimulakan tepat jam 3 petang dan dipengerusikan oleh saudara Mohamad Syazwan Ma’amin.

Setelah majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan sedikit pengenalan tentang penceramah jemputan, pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada Ustaz Amin.

Ustaz Amin menyampaikan ceramah beliau bertajuk ‘Fiqh Islam Dalam Perubatan Moden’. Setiap peserta dibekalkan dengan nota ringkas berkenaan tajuk yang diberi sebagai rujukan.
Selain itu, sesi soal jawab bersama ustaz diadakan.

Majlis dihentikan pada pukul 430pm untuk solat Asar. Selepas itu, seminar disambung dengan ‘Tanggungjawab Sebagai Doktor Muslim.’

Majlis diakhiri dengan ketibaan tetamu undangan, En. Abd Razak Abd Wahab(Timbalan Duta dan Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia ke Rusia) yang menyampaikan ucapan penutup seterusnya merasmikan upacara penutup seminar Fiqh Perubatan.


Assalamualaikum.
Dr. Muhammad Yazuran, merangkap Naib Setiausaha Malaysian Medical Council meminta kami untuk menyiarkan salinan surat ini.




Friday 10 April 2009

1
..
..
(Click image to enlarge)

PLEASE CONFIRM YOUR PARTICIPATION BY TONIGHT. THANKS!

Best regards,
Academic Bureau, IMAM RSC-Moscow.