Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

..
Adakah anda seorang yang kreatif? Minat berkarya? Menyanyi?

Marilah berkarya sambil mengeratkan ukhuwwah antara pelajar muslimat di Moscow dengan menyertai pertandingan menulis sajak dan pertandingan nasyid yang akan diadakan sempena Women’s Day ini..

Syarat-syarat pertandingan bagi sajak:
  1. Terbuka kepada semua pelajar muslimat di Moscow
  2. Karya mestilah asli dan kreatif
  3. Bertemakan muslimah jatidiri
Sajak anda akan diadili oleh orang yang berpengetahuan luas dalam bidang sastera dan penulisan. Peserta yang bertuah akan berpeluang untuk mendeklamasikan sajaknya pada 8 Mac ini di ‘Muslimah Hari Ini’. Sajak-sajak yang terpilih juga akan dimuatkan di blog NAWAITU. Cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta.

Kepada yang berminat, hantarkan sajak anda ke emel : amnahyousop@yahoo.com sebelum 6 MAC 2009.

Syarat2 pertandingan bagi nasyid:
  1. Terbuka kepada semua pelajar muslimat di Moscow
  2. Bilangan ahli dalam setiap kumpulan nasyid tidak melebihi 10 orang.
  3. Penyertaan terhad.
  4. Pakaian mestilah sopan dan menunjukkan cirri-ciri muslimah
  5. Lagu yang dipilih hendaklah bercirikan keTuhanan dan mempunyai mesej yang ingin
  6. disampaikan.
  7. Lagu yang ingin dipertandingkan tidak melebihi 2 buah lagu bagi setiap kumpulan.
Kepada yang berminat, hantarkan butir-butir berikut kepada ym- syahna_246@yahoo.com:
  • Nama kumpulan nasyid
  • Nama-nama ahli kumpulan
  • Tajuk lagu
Marilah kita berkarya sambil memberi peringatan!


..
Apa itu WAR?
WAR - singkatan kepada Women's Amazing Race. Aktiviti ini adalah berbentuk 'treasure hunt' di mana setiap lokaliti akan menghantar pasukan masing-masing. Berikut adalah peruntukan untuk setiap lokaliti:
  • M2 - 4 pasukan
  • Kahovskaya - 2 pasukan
  • Sportivnaya - 2 pasukan
  • Yugo-Zapadnaya - 1 pasukan
  • Pushkinskaya - 1 pasukan
  • MAI - 1 pasukan
  • Kuzminskaya - 1 pasukan
Penyertaan adalah berdasarkan FIRST COME FIRST SERVE BASIS, jadi cepat-cepat mendaftar!

Di mana lokasinya?
Lokasi treasure hunt bertempat di 3 kompleks membeli-belah (Kaluzhkaya, Manezh dan Kiev). Di setiap kompleks membeli-belah terletak 2 checkpoints (keseluruhan ada 6 checkpoints)

Apa persediaan untuk 'berperang'? (WAR)
Selain ketahanan fizikal dan mental, anda juga perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan Tokoh-tokoh Wanita dalam Islam. Jangan lupa untuk study! (pst, ada juga soalan-soalan tambahan berkaitan Metro di Moscow!)

Apakah kriteria-kriteria untuk satu pasukan?
Nama pasukan.. Maksimum 5 orang peserta, dengan kombinasi juniors dan seniors yang seimbang.

Kepada siapa harus mendaftar?
Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut sila hubungi:
  • M2 (Siti Syahrun Natrah - YM: syahna_246)
  • Pushkin (Eliza Aida - YM: elyzyda)
  • Yugo Zapadnaya (Farahin - YM: sweetseptember_capricorn)
  • MAI (Iklil - YM: ik_khairyy)
  • Kuzminski (Nurulfida - YM: nurulfida_nusaiba)
  • Kahovskaya (Aisyah - YM: futuwwah_04)
  • Sportivnaya (Nabilah Azman - YM: nabbie_azman)

*Tarikh tutup penyertaan: 07 Mac 2009

Monday 23 February 2009

0
..
click to ENLARGE

Additional information:

Each participant will be asked (in Malay) about her opinion(s) on current events after her walk of fame.

Kriteria pengadilan - berdasarkan undi penonton (yup! ANDA boleh mengundi!)
  1. WAJIB MENUTUP AURAT
  2. PENGGAYAAN PAKAIAN
  3. CARA BERJALAN DI RUNWAY
  4. JAWAPAN TENTANG ISU SEMASA

*DON'T BE SHY, IT'LL BE JUST AMONG US SISTERS!*


*Tarikh tutup penyertaan: 07 Mac 2009
..Click to ENLARGE

For more information, please contact these representatives:
  • M2 (Siti Syahrun Natrah - YM: syahna_246)
  • Pushkin (Eliza Aida - YM: elyzyda)
  • Yugo Zapadnaya (Farahin - YM: sweetseptember_capricorn)
  • MAI (Iklil - YM: ik_khairyy)
  • Kuzminski (Nurulfida - YM: nurulfida_nusaiba)
  • Kahovskaya (Aisyah - YM: futuwwah_04)
  • Sportivnaya (Nabilah Azman - YM: nabbie_azman)

Saturday 14 February 2009

0

Mulai sesi 2008/2010 PPIM-RSC (Moscow) telah menetapkan untuk mengenakan yuran keahlian kepada ahli-ahlinya yang berdaftar sebanyak 100 ruble. Selain itu, pihak kami juga memperkenalkan tabung khairat kematian kepada semua pelajar muslim Moscow. Kepada yang berminat, anda perlu membayar tambahan 50 ruble ke dalam tabung ini. Sekiranya terdapat kematian pada ibu bapa atau adik-beradik dalam keluarga anda, sejumlah wang daripada tabung ini akan dikeluarkan sebagai sumbangan.


Sehubungan dengan itu, pihak kami juga telah melakukan pendaftaran semula kepada ahli-ahlinya. Senarai nama yang sudah mendaftar beserta bayaran disertakan di sini. Dengan itu, kepada sesiapa yang belum mendaftar, anda dikehendaki berbuat demikian pada borang online yang disertakan di sini. Yuran pendaftaran dan khairat kematian berjumlah 150 ruble akan dikutip oleh AJK kami di lokaliti masing-masing.


Sekiranya anda tidak berminat dengan keahlian ataupun tabung khairat kematian, diharapkan kerjasama untuk mengisi juga borang tersebut dalam rangka usaha kami untu mengumpul database semua pelajar muslim di Moscow. Namun, kami amat menggalakkan anda semua berdaftar sebagai ahli.


Senarai pelajar yang sudah berdaftar sebagai ahli PPIM (klik pada link):

Jika anda masih belum mendaftar atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh mengisi borang keahlian secara online (klik link di bawah) atau download borang ini (dalam bentuk Word), isikan butir-butir peribadi anda dan emelkannya kepada amnahyousop@yahoo.com

Klik di sini untuk mengisi borang secara online!!