Subscribe:

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE BERIKUT

imam-msc.blogspot.com

Monday 29 September 2008

0

Assalamualaikum




1 SYAWAL 1429 H
30 SEPTEMBER 2008


Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”
[Surah al-Baqarah:185]


PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA
RUSSIAN STUDENT'S CHAPTER
(MOSCOW)

MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

"Taqaballahu minna wa minkum"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)

KEPADA

SELURUH WARGA MUSLIM MALAYSIA DI MOSCOW.



Thursday 25 September 2008

0
Assalamualaikum


Semua pelajar Malaysia yang beragama Islam dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa, suai kenal & solat terawih. 

Butir-butir majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 September 2008 (Sabtu)
Masa : 6.00PM—10.00 PM
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.
Anjuran : IMAM RSC Moscow

Jumpa anda disana!

wassalam...

Saturday 20 September 2008

1
Assalamualaikum

Click on the poster to enlarge

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, sukacitanya dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan Program Hadiah Buat Saudara. Program ini bertujuan untuk mengumpul pakaian serta barangan terpakai untuk disumbangkan kepada masyarakat Muslim yang berada di dalam dan luar Moscow.                      

Tarikh kutipan: 23-24 September 2008

Sila rujuk kepada poster diatas untuk maklumat lanjut.

Dibawah ini adalah dua buah video khas untuk menunjukkan bagaimana sepatutnya saudara dan saudari memberi harta masing-masing. Harap dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada klip video dibawah ini.

VC Program Hadiah Buat Saudara



Cerita Tentang Menderma

Wassalam.
Assalamualaikum


Click on the picture to enlarge

Hope to see you soon!

Wassalam

P/s: Are you the chosen one?

Friday 12 September 2008

0


Seperti tahun yang sudah, cuti musim panas adalah masa dimana projek-projek besar dijalankan. Pada tahun 2006, program Summer Camp telah berlangsung. Kemudian pada tahun 2007, atas cabaran yang diberikan oleh prof Latif, program SUNATHON telah berjaya diadakan dengan jayanya.Program pada 2008 tidak kurang juga hebatnya. Dari hutan, ke bandaraya Kuala Lumpur, kemudian ke pantai timur, cuti 2008 telah memberikan sesuatu yang bermakna.


1. Program Homestay Dan Kemasyarakatan
Tarikh: 25-28 Julai 2008
Tempat: Pos Raya ,Simpang Pulai, Perak
Anjuran PPIM Russia, seramai 50 + pelajar mengambil bahagian. Tema “ERTI HIDUP PADA MEMBERI DAN MENGASIHI” memang membawa mesej yang sangat mendalam dalam program ini. Rata-rata peserta mengakui timbulnya perasaan insaf dalam diri masing-masing. Alhamdulillah, mesej Islam telah berjaya disampaikan kepada orang asli disana. 




2. Program Pra Persediaan Pelajar Ke Russia (Pre-Departure Briefing)
Tarikh: 13 Ogos 2008
Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Program yang pertama kali dianjurkan oleh Kelab UMNO Russia dengan kerjasama PPIM Russia ini telah disertai oleh seramai lebih 80 orang pelajar lepasan SPM tajaan MARA dan Kementerian Pertahanan yang akan melanjutkan  pelajaran dalam bidang perubatan ke Russia. Pelajar telah diberikan pendedahan awal tentang apa yang bakal mereka lalui dalam 6 tahun yang akan datang.



3. Sure-Khatan 2008
Tarikh: 15 Ogos - 18 Ogos 2008.
Tempat: Bachok(Kelantan), Setiu(Terengganu), Pulau Perhentian(Terengganu)
Program ini telah dianjurkan Kelab Umno Ukraine, Gabungan Mahasiswa Terengganu Eropah Timur(GAMTET) dan PPIM Student Chapter Ukraine. Seramai 300+ pelajar perubatan telah mengambil bahagian dalam program ini.

Maaf, tiada gambar buat masa ini. Insya Allah akan diupdate jika gambar-gambar berjaya diperoleh.

Friday 5 September 2008

0
Assalamualaikum
Bazaar Ramadhan kami baru sahaja dibuka!


1) Quran beserta Terjemahan
  • Sesuai dibaca di mana-mana
  • Kecil, Mudah dan Ringan
  • Pelbagai warna yang menawan
  • Harga
Zip 400 rubles
Diari 500 rubles



2) Kad Hari Raya Aidilfitri PPIM
  • Kirimkan Salam Aidilfitri untuk keluarga dan saudara mara yang dicintai di Malaysia
  • Limited Edition!!!!
  • 3 designs yang cantik-cantik belaka
  • Harga: 40 rubles sekeping





3) Kad Ramadhan dan Syawal berbentuk Bookmark
  • Kad Ucapan Ramadhan dan Syawal untuk rakan seperjuangan di Moscow
  • Juga sebagai koleksi sendiri untuk dijadikan bookmark
  • 2 jenis : Ramadhan dan Syawal
  • Harga : 20 rubles sekeping



Ingin membeli?
Hubungi wakil kami di hostel anda!!

Sportiv Hostel
- Asyraf bin Azizan
- Amnah binti Mohd Yousup

Pushkin Hostel
- Nurul Iman binti Zalzilah Rashidi

Yugozapad Hostel
- Nurul Iman binti Zalzilah Rashidi

Kahov Hostel
- Ariff Azfarahim bin Ibrahim

Kuzminki Hostel
- Wan Nazihah binti Wan Mohamed

RSMU Volgina Hostel
- Mohd Afiq bin Mohd Nor
- Siti Syahrun Natrah binti Mohd. Misan



Dibawakan khas kepada anda oleh:
Exco Ekonomi IMAM RSC Moscow - Unit Jualan